Saturday 17 October 2015

‘Merah tak pa, tapi jangan oren’ Kata Timbalan Ketua Pemuda Pas


KOTA BHARU - Gurauan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nor Azarizal Mohd Alwi Hazrizal mengenai parti Amanah Negara (Amanah) mengundang gelak tawa daripada hadirin.

Ia berlaku apabila Azariza yang lebih dikenali ustaz Ja mengacara majlis santai bersama anak muda di Perhimpunan Fastakim petang ini.


Hazrizal ketika ditanya seorang lagi pengacara mengenai seorang kanak-kanak yang berpakaian merah ketika membuat persembahan berkata, ‘Merah tidak apa, jangan oren’.

Gurauan beliau itu telah disambut gelak tawa oleh penyokong Pas yang hadir.

Untuk rekod oren merupakan warna rasmi bagi parti Amanah, manakala merah menjadi warna tema yang digunakan peserta himpunan bangkit Melayu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Pas Kelantan Fadhli Shaari ketika ditemui berkata, setakat jam lima petang, sambutan dari ahli Pas amat baik.

"Insya-ALLAH malam ini penyokong akan memenuhi stadium,"katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...