Saturday 26 September 2015

Pakatan Harapan: PKR masih harapkan Pas


PERMATANG PAUH - PKR masih mengharapkan Pas akan dapat berkerjasama dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan parti yang dalam proses didaftarkan Parti Amanah Negara.

Wednesday 23 September 2015

Keputusan Pas boleh berubah


KOTA BHARU - Walaupun Pas menolak bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara, namun itu bukanlah keputusan yang tidak boleh berubah kerana PRU14 dijangka pada 2018.

Pas patut berunding, kata Mahfuz


SUBANG JAYA – Meskipun tidak terlibat dengan pergerakan Pakatan Harapan yang baharu dibentuk, Pas seharusnya mengadakan rundingan dengan pakatan.

MAHFUZ: SAYA BUKANNYA HADIR WAKILI PAS


SUBANG JAYA - Kehadiran Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ke persidangan meja bulat hari ini adalah atas jemputan yang diterima beliau secara peribadi dan bukan dibuat atas kapasiti Pas.

Anwar ganti Najib jika pakatan menang PRU nanti


SUBANG JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diumum sebagai calon Perdana Menteri menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas kerajaan sedia ada pada Pilihan Raya Umum akan datang.

PAS Tidak Iktiraf Pakatan Baharu


Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Abdul Hadi Awang semasa di tanya wartwan tentang persidangan meja bulat PR Beliau berkata pas membuat keputusan untuk tidak hadir ke persidangan tersebut,di tanya wartawan adakah persidangan tersebut memberi kesan kepada pas beliau berkata "kesan itu

Pas tetap dengan PKR, tiada kaitan Pakatan Harapan


KOTA BHARU - Pas tetap komited untuk meneruskan kerjasama politik dengan PKR dan menghormati hak mana-mana pihak untuk merangka agenda politik sendiri.

Amanah sedia terima Pas


SUBANG JAYA - Parti Amanah Negara (Amanah) sedia menerima Pas untuk menyertai pakatan pembangkang yang baharu, Pakatan Harapan dengan syarat ia tidak berpecah semula.

Presidennya, Mohamad Sabu menegaskan beliau tidak mahu mana-mana parti atau individu termasuk Pas bersama Pakatan Harapan hanya untuk tempoh singkat sahaja.

Monday 21 September 2015

Penghijrahan 10 wakil rakyat tak jejas Pas


KOTA BHARU - Jika benar dakwaan mengatakan 10 wakil rakyat Pas Kelantan akan meninggalkan parti itu menjelang Januari depan, ia sebenarnya langsung tidak mengganggu keutuhan dan kepercayaan penyokong terhadap parti tersebut.

Tidak sertai PR jika ada DAP, Amanah


KOTA BHARU -Pas nekad untuk tidak menyertai pakatan pembangkang baharu sekiranya gabungan itu turut dianggotai Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, meskipun mengakui perlunya kerjasama erat dalam kalangan parti pembangkang untuk menumbangkan BN.

Sunday 20 September 2015

Pakatan 2.0 Mula Sabotaj PAS


Pakatan Rakyat 2.0 mula sabotaj PAS dedah Zulkifli Sulong, pengarang analisis dan rencana The Malaysia Insider.

Sehingga kini, PAS sudah diketepikan dalam sekurang-kurangnya 3 program besar iaitu mesyuarat parti pembangkang pada 29 Julai, penyerahan memorandum sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 6 Ogos dan himpunan Bersih 4.0 hujung bulan ini, dedahnya lagi.

Tanpa Pas lebih mudah bentuk pakatan baharu


KUALA LUMPUR 20 Sept. - Parti Amanah Negara (Amanah) menganggap pendirian Pas yang enggan bekerjasama dengan DAP dan parti itu akan memudahkan lagi parti pembangkang membentuk sebuah pakatan baharu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...