Saturday 10 October 2015

Mat Sabu Tidak Yakin PAS Mampu Menang Di Luar Bandar PRU 14


 Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu tidak yakin PAS mampu memenangi kerusi di luar bandar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Ini kerana katanya pada pilihan raya umum lalu, ketika PAS berada dalam Pakatan Rakyat, sebahagian besar calon-calon parti di kawasan luar bandar tidak mampu mendapatkan majoriti undi terutamanya daripada orang Melayu.

PKR yakin Pas beri kerjasama


PELABUHAN KLANG - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali percaya partinya akan terus mendapat kerjasama daripada Pas walaupun parti itu tidak menyertai pakatan baharu pembangkang, Pakatan Harapan.

Friday 9 October 2015

Bekas Adun Alur Limbat maut ditembak


Marang: Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman mengesahkan Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah, 51, mati ditembak di rumahnya di Kampung Alor Limbat di sini, selepas solat Jumaat tadi.

Tentangan Pas tak gugat DAP


JOHOR BAHRU – DAP Johor tidak berasa tergugat sekiranya Pas meletakkan calon di kawasan yang ditandingi mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan menganggapnya sebagai satu persaingan sihat dalam negara demokrasi.

Thursday 8 October 2015

Kedudukan Amanah mampu gugat Pas


SHAH ALAM – Pas perlu menerima hakikat, parti serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah) berupaya menggugat kedudukan parti itu, setelah ramai di kalangan ahli Pas berubah sokongan.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perkara seperti itu tidak dapat dielakkan dan sudah dapat dijangka apatah lagi Amanah dibentuk akibat  perpecahan dalam Pas.

Beranikah 10 wakil rakyat Pas lompat parti?


KOTA BHARU - Suasana politik di Kelantan ketika ini sedikit 'panas' apabila tersebar khabar angin kononnya 10 wakil rakyat daripada Pas akan melompat parti dan menyertai Parti Amanah Rakyat (Amanah) awal tahun depan.

Wednesday 7 October 2015

Parti AMANAH Tiada Tempat Di Selangor – Wakil Rakyat PAS


Parti Amanah Negara (AMANAH) kini dilihat umpama kelahiran yang tidak diingini apabila pemimpin PAS di Selangor mengatakan tiada tempat untuk AMANAH di negeri itu kerana jelas ia ditolak masyarakat.

PAS akan letak calon bukan Islam bertanding kerusi DAP


Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, itu persediaan yang akan mereka hadapi dan mereka bersedia untuk kehilangan personaliti serta ahli berpengaruh.

Pecahan pemimpin progresif dalam PAS membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan rancangan menjadi parti politik tahun ini.

Tiga penjuru: Jangan salahkan Pas pula


KUALA TERENGGANU – Pas tidak harus dipersalahkan sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru di mana-mana kerusi di negeri ini khususnya pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Dr Alias Razak berkata, ia berdasarkan kepada penegasan awal dibuat pimpinan Pas bahawa parti itu akan bertanding di kesemua kerusi yang telah dipertandingkan pada pilihan raya umum lepas.

Pas-Umno bersatu, bagaimana anda tafsir?


SHAH ALAM – Pemimpin veteran, Tan Sri Sanusi Junid menyifatkan soal penyatuan antara Umno dengan Pas yang dibangkitkan pihak tertentu mungkin menjadi atau tidak bergantung pada tafsiran yang dibuat oleh mereka.

Krisis PKR: Saya lihat dari luar


SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau mengambil pendekatan hanya melihat dari luar dan melibatkan diri dalam dakwaan wujudnya gerakan menubuhkan parti baharu oleh ahli PKR.

Tuesday 6 October 2015

Sekolah Rendah Islam Al-Ansor Sahkan Kerajaan DAP Tarik Balik Geran Bantuan


KENYATAAN MEDIA SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-ANSOR BALIK PULAU, PULAU PINANG
1. Merujuk kepada Isu Bantuan Sekolah Agama di Negeri Pulau Pinang dari Kerajaan Negeri, Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (SRIA) Balik Pulau, Pulau Pinang menyatakan kekesalan dan kekecewaan terhadap sikap pilih kasih serta diskriminasi yang berbaur politik oleh Kerajaan Negeri pimpinan YAB. Lim Guan Eng.

Monday 5 October 2015

Tidak semua CINA sokong DAP


TUMPAT – Pas masih mempunyai sokongan daripada pengundi-pengundi kaum Cina walaupun parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan yang dibarisi PKR, DAP dan Parti Amanah.

Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yakin bukan semua pengundi dalam kalangan kaum Cina menyokong DAP, sebaliknya masih ramai yang menyokong Pas terutama di Kelantan.

Sunday 4 October 2015

Parti Amanah Johor didakwa tidak amanah


JOHOR BAHRU - Pas Johor mendakwa Parti Amanah Johor tidak amanah kerana tindakan parti itu berhasrat mengambil-alih beberapa aset yang menjadi markas Pas di dua kawasan.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, mengikut hukum Islam, bangunan diwakafkan kepada Pas sebelum ini menjadi hak parti itu walaupun pemilik asal menyertai parti lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...