Sunday 11 October 2015

Henti gelar Amanah parti 'kafir'


JOHOR BAHRU -  Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu meminta pihak tertentu supaya berhenti menggelar Amanah sebagai parti 'kafir' dan menyimpang.

Menurutnya, tindakan itu dikhuatiri menyebabkan perbalahan sesama masyarakat Islam berbeza fahaman politik di negara ini.



"Seperti yang kita lihat di Iraq, Afghanistan dan Somalia, kesemua penindasan dan peperangan adalah berpunca daripada perang saudara yang kemudiannya ada campur tangan pihak Barat.

“Jika mahu mengelak daripada terjadinya perkara tersebut, kedua-dua pihak haruslah memainkan peranan yang penting dan bersikap lebih positif,” katanya pada sidang media di Restoran Ameer, Taman Mutiara Rini di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, Amanah telah berjaya menunjukkan kredibilitinya dengan mendapat sokongan padu daripada masyarakat di negara ini terutamanya di Kelantan meskipun parti itu masih baharu.

“Buat masa ini, penyertaan ahli di Kelantan menjangkau 11,000 penyertaan dan sedang meningkat.

“Kami juga menyasarkan seramai 10,000 ahli di Johor dan 20,000 ahli di Selangor menjelang Disember ini,” katanya.

Sementara itu, Mat Sabu percaya Pas akan lebih kuat jika bergerak sendiri.

Menurutnya, perkara ini dilihat apabila Pas gagal mendapat undian tinggi lebih-lebih lagi dari kaum Melayu ketika bersama Pakatan Rakyat.

“Saya percaya Pas akan mempunyai kekuatan kuat dari segi ahli dan pengikutnya tetapi untuk memenangi PRU ia adalah mustahil.

“Perkara ini bersandarkan landskap politik negara, yang mengatakan tiada parti yang mampu menang PRU secara bersendirian tanpa menjalinkan kerjasama dengan parti yang lain,” katanya.

Pas kata ahli Parti Amanah Negara (Amanah) kafir? Demikian persoalan yang dibangkitkan Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan menerusi status Facebooknya, hari ini.

Beliau yang menganggap tuduhan itu serius juga menuntut jawapan siapa, bila dan di mana kenyataan tersebut dikeluarkan.

‘Pas kata ahli Amanah kafir? Siapa? Bila? Di mana? Tuduhan serius ini!,” tulisnya.

Jumaat lalu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu meminta pihak tertentu supaya berhenti menggelar Amanah sebagai parti 'kafir' dan menyimpang.

Menurutnya, tindakan itu dikhuatiri menyebabkan perbalahan sesama masyarakat Islam berbeza fahaman politik di negara ini.

Sementara itu, dipercayai merujuk kepada laporan portal berita yang menyebut Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mendakwa 60 peratus daripada 50,000 ahli Amanah adalah bekas pemimpin Pas, Nasrudin menyifatkan kenyataan itu tidak munasabah.

“60% dari 50,000 ahli Amanah adalah bekas pimpinan Pas? 60% bersamaan 30,000. Pas ada 193 kawasan dan ini bermakna Pas kehilangan 30,000 pimpinan.

“Ini juga bermaksud secara purata, setiap kawasan kehilangan 155 pimpinan. Kalau berdasarkan dakwaan itu, semua kawasan Pas telah ditutup seluruh negara. Suatu kenyataan yang tidak munasabah,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...