Sunday 18 October 2015

Akui tertunggak tapi tidak teruk



KOTA BHARU - Kerajaan negeri mengakui berdepan tunggakan potongan pinjaman kakitangan Yayasan Islam Kelantan (YIK), bagaimanapun ia tidak seteruk yang digambarkan pihak tertentu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan sedang berusaha menyelesaikannya dari masa ke semasa.



“Memang ada potongan tertunggak tetapi tidak terlalu banyak seperti didakwa, tetapi ada beberapa juta.
{BACA JUGA - RM 14.6 J TUNGGAKAN - GURU YIK MENDERITA ANDA BERGEMBIRA }
“Kita telah memberikan bantuan kepada Yik dalam usaha membantu mengatasi masalah ini, bagaimanapun untuk menyelesaikannya sekali gus memang tidak boleh,” katanya ketika menghadiri Program ijtimak Ulamak Nusantara 2015, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, secara umumnya, Yik memerlukan hampir RM7 juta sebulan untuk membayar gaji kakitangannya, dan selain bantuan kewangan daripada kerajaan negeri, YIK turut menjana pendapatan sendiri hasil daripada projek dijalankan.

Bagaimanapun katanya, sebahagian projek dijalankan Yik termasuk ladang kelapa sawit agak bermasalah menyebabkan sumber pendapatan yayasan berkenaan turut terjejas.

“Ada antara ladang tersebut tidak ditanam penuh dan ada juga pembayaran yang dibuat tanpa mengikut perjanjian ditetapkan, selain banjir penghujung tahun lalu yang telah menjejaskan pengeluaran hasil di ladang-ladang berkenaan, ” katanya.

Sementara itu, mengulas kenyataan pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al- Hafiz yang menyifatkan Pas semakin berada dalam keadaan tenat sekiranya pemimpin parti itu masih tidak mahu melakukan perubahan, Mohd Amar berkata, penilaian dibuat tidak begitu tepat.

Menurutnya, mereka yang terlibat secara langsung dalam parti lebih memahami keadaan dan realiti parti berbanding mereka yang tidak aktif sekalipun mereka penyokong Pas
SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...