Saturday 19 September 2015

'Ketika bai'ah sebut Pas, bukan DAP, PKR'


DUNGUN - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang‎ hari ini mengulangi gesaan supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat (Amanah).
 

'Kerusi itu tetap kerusi PAS, PAS akan bertanding'


DUNGUN: PAS menegaskan akan bertanding di kerusi yang 'dibawa lari' oleh wakil-wakil rakyat yang telah menukar parti dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mana-mana buat lari kerusi, kerusi itu tetap kerusi PAS. PAS akan bertanding. Kalau (mereka) nak bertanding juga, tiga penjuru," tegas Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Hadi Awang Ulangi Wakil Rakyat PAS Letak Jawatan Segera Jika Sertai Parti Mat Sabu


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi gesaan supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat (Amanah).

Saya Yang Canang Kepimpinan Melalui Ulamak, Saya Tak Mampu Baiki PAS Lagi – Mat Sabu


Masalah label melabel di kalangan anggota dan pimpinan dalam PAS dan penguasaan eksekutif dalam Majlis Syura Ulama antara punca pemimpin PAS yang “gugur setandan” menubuhkan Parti Amanah Nasional (AMANAH), kata Pengerusinya Mohamad Sabu.

Friday 18 September 2015

PAS tolak kerjasama dengan Amanah kerana mereka ‘pengkhianat’, kata Hadi


PAS tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditubuhkan bekas pemimpin parti itu kerana "pengkhianatan", kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menyifatkan perbuatan Amanah mengkhianati perjuangan mereka, presiden PAS itu berkata pengkhianat parti lebih teruk daripada musuh.

Thursday 17 September 2015

Kerusi Tumpat tetap kepunyaan Pas


KOTA BHARU - Penghijrahan bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar kepada PKR undang pelbagai persepsi, termasuk  timbulnya status kerusi Parlimen Tumpat disandangnya kini.

Adakah Pas Kelantan bersedia beri peluang kepada PKR khususnya Kamaruddin  mempertahankan kerusi itu  pada PRU14  yang disandangnya sejak 1999.

Wednesday 16 September 2015

Nombor satu ahli paling banyak mendaftar Amanah ialah Negeri Kelantan


SHAH ALAM: Ribuan penyokong menghadiri pelancaran Parti Amanah Negara di Pusat Konvensyen Hiasan Dalaman, IDCC, Shah Alam.

Parti itu dirasmikan Presidennya, Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia.

Monday 14 September 2015

Lim Guan Eng diminta hentikan fitnah


KOTA BHARU - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta supaya menghentikan fitnah yang dilemparkan kepada Pas terutama melibatkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Guan Eng disifatkan sebagai tidak pernah jemu menjatuhkan imej Pas, sekalipun terpaksa mereka-reka cerita yang sama sekali tidak wujud.

Pas Bakal Buat Pusingan U Sekali Lagi Untuk Bersama DAP Dalam PR 2.0 ?


PETALING JAYA - Ketika tumpuan masih terarah kepada kemungkinan Pas akan turut serta dalam PR 2.0, pemimpin parti itu hari ini berkata pihaknya akan kekal sebagai parti pembangkang kepada BN sekali gus menjadikan ia kekal teka-teki.

Sunday 13 September 2015

Berhenti hasut ahli kita, PAS Selangor beri amaran kepada Amanah


PETALING JAYA: PAS Selangor memberi amaran kepada Parti Amanah Negar supaya  berhenti 'menghasut  dan mencuri' ahlinya  sebelum 'sesuatu yang tidak diingini berlaku.'

Setiausaha PAS Selangor Mohamad Khairuddin Otman berkata belau sudah menerima maklum balas mengenai taktik-taktik agresif yang digunakan untuk mempengaruhi ahli PAS lompat ke Amanah.

Pemuda Pas terkilan PKR terima Kamaruddin


KUALA LUMPUR - Pas melahirkan rasa terkilan terhadap tindakan PKR menerima kemasukan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar ke dalam parti berkenaan.

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sewaktu berada dalam PR, Pas mewujudkan satu polisi kesepakatan untuk tidak menerima ahli dan wakil rakyat dari mana-mana parti dalam PR.

'Bukan Pas tetapi mereka yang mati katak'

KUALA LUMPUR - "Bukan Pas yang mati katak, tetapi mereka itu sendiri yang mati katak," demikian ujar Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, meskipun sering berhadapan dengan krisis, Pas tidak pernah terjejas dan terus bertapak sebagai parti yang kuat dalam negara ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...