Monday, 14 September 2015
Pas Bakal Buat Pusingan U Sekali Lagi Untuk Bersama DAP Dalam PR 2.0 ?
PETALING JAYA - Ketika tumpuan masih terarah kepada kemungkinan Pas akan turut serta dalam PR 2.0, pemimpin parti itu hari ini berkata pihaknya akan kekal sebagai parti pembangkang kepada BN sekali gus menjadikan ia kekal teka-teki.
( Baca jugak >> Lim Guan Eng diminta hentikan fitnah)
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perjuangan Pas masih sama seperti parti pembangkang lain seperti PKR, DAP dan Parti Pekerja Malaysia untuk menumbangkan Umno.
"Tugas kita adalah untuk menumbangkang kerajaan BN dan itu adalah matlamat kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dengan pemimpin PKR, petang tadi.
Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasil pertemuan dan mesyuarat dengan PKR.
Menurut Takiyuddin, konsensus yang dicapai sewaktu pertemuan tersebut adalah Pas, PKR, DAP dan Parti Pekerja Malaysia berada di blok pembangkang.
"Tidak ada gabungan formal, namun kita semua dalam satu blok pembangkang
"Kita semua masih pembangkang dan tidak ada pemimpin yang menyeberang ke BN," katanya.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, penyertaan Pas dalam PR 2.0 masih dalam proses perbincangan.
"Belum ada sebarang konsensus. Buat masa sekarang kita berbincang perkara-perkara yang lebih penting dahulu.
"Isu penting negara seperti isu jerebu, bajet dan ekonomi. Itu yang kita utamakan," katanya.
Katanya lagi, Pas masih menjalankan kerjasama baik dengan PKR.
"Hubungan kita dengan PKR masih diteruskan tetapi dengan parti-parti lain belum diputuskan," katanya.
Sementara itu ketika diajukan soalan mengenai tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang melompat parti dari Pas ke PKR, beliau berkata, perkara itu telah berlalu dan melupakan perkara berkenaan.
"Dalam pertemuan, kita tidak ada bincang mengenai perkara tersebut.
"Pertemuan petang ini sangat baik dan postif," katanya.
Mankala kata Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Peluang Pas untuk menyertai PR 2.0 masih cerah sekiranya ada pertemuan dan perbincangan bersama DAP, kata Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,
Menurut beliau, DAP tidak mustahil mengubah keputusan (tidak mahu penyertaan Pas dalam Pakatan) jika terdapat pertemuan yang membolehkan kedua-duanya bersemuka bagi menangani krisis dihadapi.
"Dalam politik, musuh boleh menjadi kawan dan kawan boleh menjadi musuh, yang menentukan ialah perbincangan.
"Bagaimanapun, setakat ini kita tidak menerima permintaan (dari DAP) berhubung perkara itu," kata beliau dalam sidang media mengenai pelantikan 13 Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda Pas Johor Bahru, di Ibu Pejabat parti itu, hari ini.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu diminta mengulas sama ada pihaknya yakin DAP akan menyokong penyertaan mereka dalam PR 2.0 yang sedang dirancang. - Bernama
PETALING JAYA - Kehadiran pemimpin Pas seperti Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali ke Ibu Pejabat PKR hari ini mungkin menjawab teka teki mengenai perbincangan PR2.0.
Sekitar Jam 3.15 petang, Tuan Ibrahim hadir bersama-sama Takiyuddin dan Mustafa tiba di Ibu Pejabat PKR.
Pelbagai soalan diajukan kepada Tuan Ibrahim namun beliau berkata "kita tunggu selepas mesyuarat selesai," katanya.
Antara wakil PKR yang hadir pada pertemuan tersebut adalah Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung, Rafizi Ramli dan Pengarah Pilihan Raya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Semalam, Rafizi Ramli memaklumkan bahawa, PKR akan mengadakan pertemuan dengan Pas bagi membincangkan mengenai PR 2.0 yang bakal dibentuk.
Rafizi turut berkata, pihaknya juga akan mengadakan beberapa siri perbincangan dengan parti pembangkang seperti DAP dan Parti Pekerja Malaysia.
