Monday 19 October 2015

Amanah jawab isu diharamkan Yusuf al-Qardawi


KUALA LUMPUR - Dakwaan yang mengatakan bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) diharamkan oleh ulama terkenal ‎Profesor Yusuf al-Qardawi adalah tidak benar.

Menurut Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub,  Datuk Mujahid Yusuf Rawa  telah bertemu sendiri dengan Yusuf di Doha, Qatar pada 18 Oktober lalu bagi bertanya lanjut perihal tersebut.


(Baca juga Video: Al-Qaradawi Kata Penubuhan Parti Amanah Haram – Hadi Awang)
"Sekali lagi dimaklumkan bahawa usaha untuk mempertemukan Amanah dan Pas adalah dipersetujui dan dialu-alukan  oleh Prof Yusuf al-Qardawi.

"Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf al-Qardawi bahawa kewujudan Amanah adakah haram di Malaysia.

"Saya sebagai mewakili Amanah tegaskan bahawa Amanah bersedia dan sentiasa terbuka untuk bertemu berbincang dan komited untuk menyertai apa-apa perbincangan dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan ummah  seluruhnya," katanya.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, Amanah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulama dan gerakan Islam   tersohor dunia yang menunjukkan sikap terpuji serta mengambil pendekatan terbuka terhadap parti tersebut.

"(Ia) memberi peluang untuk berbincang dengan Amanah dan bukanya mengambil pendekatan mencerca dan  menghukum sewenang-wenangnya," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...