Monday, 24 August 2015
UMNO Kuala Nerus buat laporan polis fitnah penyebaran kad jemputan palsu
UMNO Bahagian Kuala Nerus membuat laporan polis berhubung penyebaran kad jemputan palsu di laman sosial bersempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke daerah ini pada Sabtu ini.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail yang membuat laporan polis itu berkata bahagian itu tidak terlibat sama sekali dalam penyebaran kad itu.
Katanya penyebaran kad itu berniat jahat dan mahu mensabotaj program Perdana Menteri iaitu Jamuan Rakyat dan Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Gong Badak pada 5.15 petang.
Turut hadir di balai polis ialah Naib Ketua UMNO Bahagian itu, Apli Yusof dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Khairuddin Abdul Majid.