Thursday, 27 August 2015
Lawak Bodoh! Anwar Isytihar 30 Ogos Hari Terakhir Kerajaan BN!
KUALA LUMPUR – Entah hendak dikatakan bodoh atau lawak, namun inilah kenyataan paling aneh dalah sejarah Malaysia ketika pembangkang mahukan proses pilihan raya yang telus, mereka sendiri pun tidak percaya pada konsep pilihan raya.
Buktinya pembangkang sedia menggulingkan kerajaan yang sah dipilih secara demokrasi dengan apa cara sekali pun termasuk menganjurkan perhimpunan haram jalanan kononnya majoriti rakyat menyokong mereka.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malah mengisytiharkan sambutan kemerdekaan pada malam 30 Ogos ini adalah hari terakhir pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di Malaysia.
Anwar yang sedang merengkok dalam penjara kerana kesalahan meliwat melalui satu perutusan turut mendakwa hari tersebut adalah pengakhiran ke atas kezaliman serta penindasan yang dilakukan kerajaan terhadap rakyat.
“Gegaran Merdeka menandakan berakhirnya pemerintahan penjajahan curang kerana penindasan dan kezaliman.
“Merdeka juga mengusung gagasan besar dan keyakinan baru menegak keadilan dan negara hukum serta memacu pertumbuhan dengan jaminan pengagihan saksama,” tegasnya dalam perutusan yang disebarkan oleh Biro Komunikasi PKR hari ini.
Anwar mendakwa, sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini kononnya bakal membebaskan kehidupan rakyat yang sedang melarat dan sekatan ke atas hak kebebasan mereka oleh kerajaan.
Untuk rekod, beliau sebelum ini pernah ‘memperbodohkan’ satu dunia yang habis mempercayai dakyah propaganda dibuatnya bahawa BN di bawah perdana menteri waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan tumbang pada 16 September 2008 lalu. – mynewshub.cc
http://mynewshub.cc/2015/08/27/anwar-isytihar-30-ogos-2015-hari-terakhir-kerajaan-bn/#gs.cede1d4ef24c49cf9971975291e31359