Monday 24 August 2015

Kampung Melayu Batu Feringghi Bakal Dilenyapkan


AIDCNews – 24/8/15 – Kira-kira 1,000 penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi Pulau Pinang berkumpul secara aman pagi tadi sebagai langkah terakhir menyelamatkan rumah dan kampung mereka daripada dirobohkan.



Mereka yang berkumpul sejak malam tadi sehingga awal pagi ini, turut menutup laluan masuk ke kampung itu menggunakan bas, kereta dan tiang konkrit bagi menghalang kemungkinan kereta jentolak masuk dan merobohkan rumah mereka

Tindakan itu terpaksa diambil selepas notis pengusiran mereka dari kampung berkenaan yang diperoleh tuan tanah daripada mahkamah berakhir hari ini.

Walau bagaimanapun, penduduk yang sudah mendiami kampung berkenaan lebih 50 tahun lalu enggan berpindah selepas tidak mendapat pembelaan sewajarnya selain tidak mempunyai hala tuju.



Sementara itu, blog penang-kini menyenaraikan 26 kampung Melayu yang sudah dilenyapkan di Pulau Pinang.

1. Kg Permatang Tok Subuh
2. Kg Buah Pala
3. Kg Pokok Assam,Jelutong
4. Kg Dodol
5. Kg Binjal
6. Kg Batu Uban
7. Kg Tanjung Tokong
8. Kg Bagan Dalam
9. Kg Permatang Tepi Laut
10.Batu Maung
11.Kg Pulau Jelutong
12.Kg Lima Kongsi,Sungai Bakap
13. Kg Teluk Kumbar
14.Kg Dalca
15.Kg Sungai Nibong Kechil
16.Kg Tengah Jelutong
17.Kg Terang Balik Pulau
18.Kg Genting,Balik Pulau
19.Kg Pondok Upeh, Balik Pulau
20.Kg Padang Benggali, Permatang Pauh
21.Teluk Air Tawar
22.Kg Gagah, Bagan
23.Kg Nelayan, Teluk Kumbar
24.Kg Selut Sg Pinang
25.Kg Siam, Pulau Tikus.
26.Kg Mutiara, Batu Feringghi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...