Friday 2 October 2015

PARTI BARU RAMPAS MARKAS PAS TENGGARA ??

Mesej dari YDP PAS Tenggara:
Semalam kami ahli mesyuarat pas Tenggara menangis bersedih. Jam 7 mlm berita disampaikan bahawa Markas Pas Tenggara yg hampir siap untuk beroperasi dari dana kutipan ahli dan orang ramai telah bertukar milik kepada Parti Amanah Negara sejak 10 Sept lepas tanpa merujuk kepada Ydp dan
 Dewan Harian. Mereka bersekongkol dgn Tuan Tanah untuk membuat pindaan bertulis. Seluruh Ajk Mrsyuarat kawasan kami terkedu, menangis sedih dgn tindakan PAN yg licik. Mereka bersungguh2 menyerang PAS Tenggara dan cuba menguasai semua premis Markas dan pasti dimiliki Pas Tenggara.. Mohon doa dari Sahabat agar kami tetap istiqamah dan kekal bertahan


RAMPAS HARTA JEMAAH; EPISOD WAJIB DALAM PERJUANGAN ISLAM
Rampas markas PAS, halau PASTI, hi-jack program, sabotaj, angkut semua fasiliti pejabat MTD, buatlah apa sahaja yang mereka suka! Lakukanlah kalau ini sahaja cara boleh buat parti baru terus hidup. Kita tengok sampai bila Islam versi mereka boleh bertahan dengan perangai sebegini. Kita tengok macam mana Islam nak berkembang kalau dari dulu hanya tahu mengambil kesempatan atas usaha pihak lain. Kita tengok setakat mana kemunculan mereka dengan mengacau PAS boleh untungkan Islam dan lemahkan kezaliman di Malaysia.

Jangan bimbang wahai ahli PAS yang ikhlas. Mereka hanya berjaya rampas harta dan aset kita. Mereka tak berjaya rampas keikhlasan hati untuk terus menyumbang. Harta yang mereka ambil tidak akan kekal. Lepas itu mereka akan terus binasa bersama harta kita tempat mereka bergantung itu.
Curilah seluruh harta yang PAS ada sekalipun. Perjuangan kita tidak akan tergugat dengan ancaman kehilangan harta yang melanda. Suhaib Ar Rumi, Musab bin Umair, Uthman bin Affan dan Abdurrahman bin Auf pernah dilanda perkara serupa. Harta benda mereka di Mekah dirampas hanya kerana memilih untuk bersama Nabi Muhammad SAW. Namun Allah segera gantikan dengan yang lebih baik setibanya mereka ke bumi Madinah.
Anggaplah apa yang mereka lakukan sebagai peluang yang Allah berikan untuk kita terus menyumbang dan berkorban lebih lagi untuk agama ini. Soal apa yang mereka buat itu serahkan sahaja pada Allah. Kalau mereka khianat, Allah Maha Tahu apa balasan terbaik buat mereka. Allah Maha Adil. Dia tidak akan sesekali berpihak kepada kezaliman.
Agama ini Allah jaga. Selagi Allah bersama kita, insyaAllah bahtera ini akan terus berlayar maju. Jagalah Allah di hati, jangan sampai mereka 'rampas' Allah dari hati kita.
(Alang Ibn Shukrimun)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...