Thursday 27 September 2018

Anwar tidak bimbang Isa bertanding

SEREMBAN: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang mahu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, bukan cabaran buat beliau.



Beliau berkata, rakyat mengetahui dengan jelas mengenai status dan masalah yang dihadapi bekas Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu.

“Dia (Isa) kalau mahu tawar diri (bertanding) itu hak dia sebagai rakyat. Saya tiada apa-apa komen, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi sesiapa saja boleh bertanding dan biar rakyat putuskan.

“Dia bermasalah dan diketahui umum. Biarlah pengundi putuskan dengan sebaiknya,” katanya ketika ditemui pemberita ketika hadir menyaksikan tayangan khas filem Tamil bertajuk ‘Chekka Chevantha Vaanam’ di Era Square di sini, malam ini.

Selain itu, Anwar, apabila ditanya mengenai calon lain yang dikatakan akan bertanding termasuk Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor, beliau enggan mengulas lanjut.

“Siapa pun bertanding itu hak masing-masing,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan semua calon supaya bertanding mengikut kaedah dan peraturan ditetapkan.

Malah, beliau turut mengingatkan rakan parti supaya tidak menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen, sebaliknya menggunakan badan politik dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti sebelum ini.

Terdahulu, Isa mengesahkan akan bertanding calon Bebas pada PRK Parlimen Port Dickson 13 Oktober ini.

Beliau yang juga bekas Pengerusi FELDA berkata, keputusan --bh--

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...